Cerapan Hilal 30 Rejab 1429 / 2 Ogos 2008
Lokasi: Pantai Segari, Pasir Panjang, Manjong, Perak
Waktu tempatan: 7:41 ptg
Umur Hilal: 26 jam
Altitude: 10 deg
Pada kali ini giliran saya dan bro Mahruz hadir semula ke Pasir Panjang dataran cerapan rasmi hilal Negeri Perak (setelah lebih kurang setahun x datang) melakukan kajian rukyah hilal.
Buat pertama kali setelah 2 tahun akhirnya kami berjaya merakam hilal ini. Alhamdullah dan terima kasih kepada geng mufti Perak atas segala tunjuk ajar dalam menjejaki hilal.
Bro Mahruz menanti kenampakkan anak bulan dengan penuh iltizam.
Petang ini awan tebal di ufuk. Tapi kita masih berharapan agar hilal menjelmakan diri.
Al Fadhil Ustaz Azizi (Jab. Mufti Perak) yg mempunyai mata yg tajam seperti helang merekod sesuatu tentang apa yg dicerapnya.
Bro Mahruz menjejaki laluan matahari untuk mengesahkan data dari Jupem
Ustaz Din, jurukamera dan jurugambar rasmi jab. mufti merakam sesuatu tanpa tripod dengan menggunakan lens tele Tamron 70-300 mm f4-5.6 di lekat pada body Canon 350D
pemandangan yg menyayat hati
akhirnya hilal kelihatan.. kami sungguh teruja
subhanAllah
welkam to da club
bertambah laa geng fotografi instun
dah beli ke belum?
kalau terbeli beli tripod skali
night photography penting sgt tuh
Tue 12-Aug-2008 01:56 Posted by:AJ
Salam Mat.. Alhamdulillah, aku dah joindaclub..400D..
peh.. tekial2 gak aku menggunapakai bendaalah ni...
first time night outing at Salford Quay.. sememangnya tripod amat perlu..
akan ku carik tripod di carboot newcastle ahad ni..he3.. Mat tolong komen gambar aku snap at www.flickr.com/photos/affandik/