Kembara Falak INSTUN tidak dapat menyertai astrofotografi outing anjuran Falak Online malam ini atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan. Rasa nak gi jugak sensorang tapi takut kat sana org tak kenal plak nanti. Tambahan pulak yg datang tu power rangers. Kamera pulak masing-masing pro level. Ada refractor plak lg... silap-silap ada maksutof. Kita ni hanya ada kamera cap ayam jer... segan laa pulok.
Langit malam ni mmg cantik... sangat-sangat cantik.. Lebih cantik dari Nasha Aziz.
Cuma sayangnya terlalu banyak light pollution. Sesuatu yg amat mengecewakan.
Saya cuba dapatkan yg terbaik dengan altitude titik focal serapat mungkin dari permukaan tanah berlindungkan tembok rumah. Dapat anda bayangkan keadaannya?
Terlalu menyiksa tengkuk saya... Lebih menjengkelkan bila ada kereta lalu lalang setelah shutter beroperasi..
Exiff Data
Kamera: Nikon D90 (Chap Ayam)
SS: 30"
Aperture: f1.8
Focal Length: 50mm
Tripod: Established
Technique: Single Frame
Bila laa nak ada full frame Nikon D700 nih
Saya sertakan sekali nama bintang dia
kalau ada silap tolong betulkan
saya budak baru belajar
Saya x dapat ambil penuh constellation ni kerana saya tiada fast lens 28mm f2.8
ni ajer yg mampu...
Inilah imej yg diperoleh sekiranya ada kereta lalu lalang suluh kamera kita. Sangat menjengkelkan...
Cubaan Super Ultra Wide Angle .. 11mm
Pokok palma di hadapan rumah Bro Mahruz nampak terang
menunjukkan lampu jalan lebih berkuasa
fulamakk... pokok palma siap ade nampak piring astro untuk wireless controller. GOOD JOB BRO CASSINI. Rukyah hilal Muharram ni ade di mana ? Jom lepak kat Pasir Panjang.
Sat 27-Dec-2008 01:12 Posted by:Dinperak
abg din:
saya dah siap dokumen nak pergi pasir panjang hari tu
malangnya driver yg bertanggungjawab pergi kenduri plak
hancur program
cadang kat sana nak buat star trail ngan abg din
apa mcm cuaca kat sana malam tu
cantek x?
Mon 29-Dec-2008 12:42 Posted by:Cassini Soldner
tipu....mana ada bintang lagi lawa dari nasha aziz....
nasha aziz sama jer lawa mcm bintang tu....tau..
Tue 6-Jan-2009 10:25 Posted by:madau
madau:
ko nih kalau aku mensen artis baru ko ngelabah
abnorhadi tau ke nick ko nih
apa yg nyebabkan ko kuar tetiba nih
setelah 5 tahun menyepi